faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Wednesday, January 23, 2013

Set Lunch A'la Kampung. - Kuah Santan Durian, Ayam Kunyit, Ikan Haruan Goreng & Telur Dadar Cencalok


burrpp.. Alhamdulillah..da lunch da semua?menu apa hari ni? walaupun hanya tinggal bertiga (Ummi Abah n aku) aku still nak masak macam-macam. plus ummi plak buat Kuah Santan Durian. perghh. hurmm. tapi still rindukan adik-adik. kalau ramai-ramai mesti berebut makan Ayam Kunyit tu.

balik pada cerita Kuah Santan Durian. mesti tak ramai yang tahu lauk ni kan? yang biasa kita dengar or bila aku cerita kat orang yang Kuah Santan Durian ni sejenis lauk dan dimakan sebagai kuah dengan nasi, semua macam...what?!..like..huh?wierdo..bukan orang makan dengan pulut ke?

oke ni nak bagitaw..yang santan durian makan dengan pulut adalah sejenis dessert dan semestinya manisan. ini adalah sejenis lauk dan ianya savoury dimakan bersama nasi. sedap! cuba korang try. ini menu turun temurun family aku. dari Nenek aku, Ummi aku n aku? tak pernah try buat lagi. makan je pernah. hehe.

ikan haruan goreng tu pulak, disebabkan Ummi dan Abah berhoneymoon sekarang (sebab adik bongsu masuk asrama form 1), diorang suka berjalan-jalan or balik kampung bila habis kerja. dekat kampung aku pulak, air paya tengah naik so Mak Ndak aku dengan aktivit mengail ikan. Ummi aku pon ikut join kail-mengail. so ikan-ikan inilah hasil 'kail'an mereka. 'kail'an? bolehlah. ~

jom laa tengok lauk-lauk sampingan yang lain dan resepi k. selamat lunch!



TELUR DADAR CENCALOK  ni aku amek resepi dari Kak Amie. click kat sini untuk lihat kegebuan telur dadar cencalok beliau. ^_^ thanks akak sudi share resepi yang sedap ni. tapi faa punya tak beberapa nak gebu la..hehe..tapi rasa memang awesome! ada jugak bahan yang faa skip sebab gunakan bahan apa yg ada dalam peti je. tapi serius lah! memang lain dari yang lain. Ummi Abah pon puji cakap sedap.

jom tengok resepi.

TELUR DADAR CENCALOK

  • 2 biji telur (3 orang makan)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris halus
  • 1/2 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 biji cili api kampung pedas kaw-kaw - dihiris halus
  • 1 sudu besar cencaluk - buang air
  • 1 sk baking powder
  • secubit gula
  • limau kasturi/hirisan limau nipis & cili api untuk hiasan
  • 1 sk minyak masak
~panaskan non-stick pan. isi minyak masak.
~kacau semua bahan kecuali bahan hiasan.
~kecilkan api. tuang telur. tutup pan. biar hingga garing. terbalikkan berhati-hati dan biar hingga masak.
*nak sedap boleh tambah mayonese, hirisan daun sup dan daun bawang.




KUAH SANTAN DURIAN

  • Isi durian dari 1 biji durian sederhana besar
  • kelapa parut - dari sebiji kelapa
  • air panas - bergantung pada kepekatan kuah. pastikan ambil pati santan
  • garam secukup rasa
~blender kelapa dengan air panas. ambil santan pekat sahaja.
~gaulkan dengan durian dan garam. perasakan.





hari tu sape entah yang tanya aku macam mana nak buat Ayam Kunyit garing macam kat kedai makan. aku pon perah laa otak pikir camne ek? sebab aku penah buat dulu (click #_#) pon tak beberapa garing n lembap-lembap je. tak beberapa nak kick laa kan.so hari ni aku buat experiment. aku goreng dulu ayam tu dengan minyak banyak. pastu tapiskan minyak. baru tumis dengan bawang semua. baru menjadi!

AYAM KUNYIT

  • 1/2 ekor ayam - bersih dan potong kecil. dilumur dengan sedikit garam dan sedikit kunyit. pastikan garam tu betul2 sikit sebab nanti nak tumis, nak isi garam lagi. goreng hingga garing dan toskan minyak.
  • 1/2 biji bawang besar - hiris bulat
  • 5-6 ulas cili api - ketuk
  • 1 biji lada merah - hiris halus
  • garam dan serbuk kunyit
  • 5-6 batang kacang panjang - potong sebesar batang mancis
  • sedikit minyak - ambil minyak goreng ayam tadi.
~ tumis bawang besar, cili api dan lada merah hingga garing. masukkan ayam dan kacang panjang.
~masukkan garam dan serbuk kunyit. kacau rata selam 10-15minit.
~hidangkan panas-panas.


8 comments:

  1. jelesnye dpt mkn durian! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye...balik mesia nnt makan..ngee~

      Delete
  2. wah santan durian tu mcm sodap? tp tkot lak nk try hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laa..buat sikit dulu...berbaloi...sedap sangat..

      Delete
  3. mgancam hbis!!! leh lupa diet shari klau mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  4. taw xpe..ulang2 makan tu..hihihi

    ReplyDelete
  5. Aslmkum Faa
    biasa kuah durian mkn dg pulut....ni mkn dg nasi...mmg satu kelainan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam mama..

      kuah durian yg makan dgn pulut tu dessert kan mama, kalo x silpa faa laa..sebab dia manis..

      tp kuah durian ni masin2 lemak, memang lauk yg mkn ngan nasi..sedap mama..try laa..hehehe

      Delete

superb komen-ngomen