faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Friday, January 4, 2013

Kuey Teow Kung Fu. Selamat Hari Jadi, Alang!



Selamat Tahun Baru 2013! dah terlambat ke? ouchh maafkan daku. apakan daya.. tahun baru disambut dengan kertas-kertas ilmiah sebab 3 Jan 2013 je da start first paper final exam, Hospitality Service Management. fuhh. lega dah lepas satu paper. hehe. tu yg boleh update tu. hehe.


31 Dec 2012 haritu aku kat rumah nenek aku. Al-maklumlah, semua bersekolah kat Temerloh so kena laa bersiap dari rumah nenek aku. Lagi2 persiapan Alang, adik bongsu aku nak masuk asrama n Tingkatan 1 kat Sekolah Men. Keb. Temerloh, sama dengan adik aku, Abang. Untuk memberi semangat pada adik-adik aku (poyo) aku pon masak laa Kuey Teow Kungfu bagi diorang makan best-best untuk hari terakhir cuti sekolah 2012 diorang. hehe. masak  Kuey Teow Kungfu ni atas permintaan nenek aku jugak. hehe. n Bersempena jugak untuk Hari Jadi Alang pada 01 January 2013! dah 13 tahun umurnya. sama besar dengan MyAbah lagi tu. Besar lagi gamaknya.


31 Dec 2012 aritu jugak aku ada buat review The Best Meals I've Make in 2012 kat my FB. hehe. janji nak bagi masakan special di ambang Wati. oopssss. silap. diambang 2012. tapi disebabkna bz kemaskan barang asrama Alang, aku tak sempat. ni baru nak buat. hehe. sorry kengkawan. jom tengok resepi simple ni ya. ni resepi aku bagi untuk 9 orang makan. pandai-pandai laa edit ya. hehe.

KUEY TEOW KUNG FU AMBANG 2012

Untuk Kuey Teow :
  • 3 paket kuey teow
  • 7-8 biji telur
  • minyak untuk menggoreng (macam goreng telor dadar)
~pukul telur dgn sedikit garam.
~bahagikan kuey teow dalam 9 pinggan.
~panaskan kuali.
~ambil sepinggan kueyteow, masukkan sedikit telur (agak-agak kuantiti dia). kacau2.
~goreng macam goreng telur dadar. buat sampai habis.


Untuk kuah :
  • 2 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • cili api - ikut citarasa
  • 3-4 helai daun limau purut
  • sayur-sayuran - sawi, bunga kobis, carrot, cendawan, dll. ikut suka
  • protein - daging, udang, ayam, sotong, bola-bola (fishball, chickenball, sotongball  dll ). ikut suka.
  • 2 paket Perencah nasi goreng cina Adabi
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • garam & gula secukup rasa
  • 3 sudu tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
  • air secukupnya - ikut citarasa nak kuah banyak mana.
  • minyak untuk menumis
~ketuk serai, bawang putih, & cili api. koyakkan sedikit daun limau purut. basuh & potong sayur & protein.
~panaskan minyak. tumis bahan-bahan yang diketuk hingga naik bau.
~masukkan protein. kacau-kacau dan masukkan air. masukkan perencah nasi goreng cina dan kacau. biar hingga mendidih.
~masukkan jus limau dan perasakan dgn garam & gula. masukkan sayuran dan kacau rata.
~masukkan air tepung jagung dan kacau hingga mendidih dan pekat. tutup api dan tuang kuah atas kuey teow tadi dan santaplah bersama family! nyumnyum!



sebelum ni kerap jugak aku buat Kuey Teow Kungfu ni. tengok sini dan sini.

16 comments:

  1. Nisa Kay tak balik kg ke ? eh haha

    ReplyDelete
  2. Tak pernah buat lg menu nie.. Biasa beli jer.. Hehe.. Nnt bole cuba resipi nie... Menyelerakan.. N selamat ulang tahun buat Alang...moga berjaya dalam hidup d dunia dan akhirat serta sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jgn tak cuba.hehehe. terima kasih ye. aminn

      Delete
  3. Slmy Thn Baru Faa cayang! Along tak pernah rasa lagi KT kungfu ni walaupun dengo byk kali..... bila nak rasa Faa masak tuk Along...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru Along! bila-bila Along datang kuantan...hehehhe

      Delete
  4. Lepas makan ni kena berkunfu pulak ye... selamat hari jadi Alang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum makan kene berkungfu kak..hihihihi...terima kasih...

      Delete
  5. slmt thn baru!!
    nmpk mnarik n sedap..bleh try jugak ni nti..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru jugak..cuba jgn tak cuba...

      Delete
  6. kak fa? boleh request x..masakan kuey teow karate..boleh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. pastikan awak ada kat tepi time akak masak..hahaha

      Delete
  7. slamat taun baru jugak wat faa skluarga... kalau dapat sepinggan pree nih bestnyerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru jugak untuk kak hana sekeluarga...

      hehehe..boleh sangat kak..2 pinggan pon boleh..

      Delete
  8. wah, dah lame cari resepi nie.. lepas nie boleh la cube.. hehe.. tq sharing... ^^,

    Pencarian blog list baru. Tak perlu buat entry. Mudah bukan? Jom join :D
    http://sweetsour93.blogspot.com/2013/01/pencarian-new-blog-list-untuk-tahun-2013.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jgn tak cuba..hehehe...welkam dear...sharing is caring kan...

      Delete

superb komen-ngomen