faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Monday, April 29, 2013

Pizza (Homemade Crust)

sakitttt hatiiiii. apa masalah dengan Celcom berukband ni? baru lepas bayar bil tapi lembab tahap siput cacat! haaaa kan dah keluar ayat-ayat tak best. nak update 1 entry ambik masa yang lama sampai tersengguk-sengguk faa menunggu. haish~


oke malas nak membebel panjang. jom kita menguli doh buat pizza! faa suka sebab first time menguli doh dan ia menjadi! and and and and...paling penting! faa buat thin crust yakni bermaksud means our family's fevret. hehe.

resepi faa amek resepi doh donut dari Kak Ita Masam Manis. hehe. ubah resepi donut jadi pizza. sebab bahan yg digunakan n cara dia senang. thanks kak ita share resepi. sedap n lembut sangat. izinkan faa share kat sini ya. haaaa pada yang nak buat donut yg gojess mcm kak ita, click ^_^

DOH PIZZA

  • 500 gm tepung roti - faa guna tepung high protein. kalau takde, guna je tepung gandum. hehe.
  • 100 gm gula - faa rasa kena kurangkan sikit sebab kita nak buat pizza kan. so doh pizza faa ada rasa manis sikit. heuheu. guna dalam 50 - 80 gm je.
  • 11 gm instan yeast - 1 paket kecil
  • 4 biji kuning telur
  • 200 ml air
  • 100 gm butter
  • 1 sk garam
  • 1 sk oregano kering - optional. ni faa tambah
  • 1 sk mixed herbs - optional. ni faa tambah
~ayak tepung dalam mangkuk. masukkan yis dan kacau rata.
~masukkan gula, garam, oregano, mixed herbs, kuning telur dan tambahkan air. kacau bagi rata semua bahan.
~masukkan pula butter dan kacau hingga sebati. uli doh hingga tidak melekat pada tangan. uli 10-20 kali sampai betul-betul sebati.
~rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang. alas doh dengan tuala lembab bersih.
~tumbuk-tumbuk doh dan bahagikan kepada bebola sederhana besar.
~gelek bebola doh hingga menjadi nipis (ikut citarasa). buat sampai habis dan rehatkan lagi 20 minit.
~panaskan oven 200C. sapu loyang dengan sedikit minyak. gelek sekali lagi doh dan letak atas dulang. bakar separuh masak dalam 5-8 minit. buat hingga habis.




inilah rupanya crust pizza kita yang separuh masak. macam roti pon ada. hehe. kalo sapu butter then tabur chopped garlic then bakar. perghhh jadi garlic bread. hehe. sedap-sedap. dah siap ni, boleh laa kita simpan kan. bila-bila nak makan pizza, just tabur sosej ke, crabstick ke, udang ke, papperoni ke, sayuran and apa-apa je pastu padatkan ngan sos n cheese then bakar je. dah siap! macam kat bawah ni!




 tengok pizza kita bawah ni. nipis tak? takde laa muak kalau makan. nipis n garing. cuba taw! hehehe


Sunday, April 28, 2013

Churros with Chocolate Sauce


hai hai hai uolls. pe habaq? ada yg bz mengempen nak mengundi? sana sini sibuk duk ngempen. bagi faa and seangkatan dengan faa yang lahir tahun 90-an, ni pes time nak mengundi. bedebor pon ada. hehe. yang pentingggggg, cuti panjang..Thanks Dato Sahol. hehehe. faa undi apa? dah tentu rahsia kan? bagi faa dua-dua pihak ada kelebihan n kekurangan. so kenapa perlu kalau kita sokong benda tu, 100% kena sokong. apa benda orang tu cakap semua betul. hakikat yang kita taw salah pon kita tetap kata betul sebab konon penyokong setia kan? so sebab tu bagi faa, dua2 ada betul dan ada salahnya. haish..berpolitik plak ya. heuheu.


abaikan lah semua tu. ni faa nak bagi 1 resepi donut express yang senang n sedap! bukan 100% donut la. donut wannabe. heuheu. namanya churros. faa penah buat dulu click *_* tapi bersalut gula je. ni dip with chocolate sauce. nyumnyum! faa masih menggunakan resepi Kak Reen kat blog REENKHAN. thanks kak! faa panjangkan lagi resepi akak yang ohsemm ni! hehee,


CHURROS

  • 1 cwn air
  • 1 sb gula
  • 1 1/2 cwn tepung gandum - ayak dulu
  • 1 biji telur saiz L - faa guna telur saiz kecil jadi faa guna 2 biji
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sb butter
  • gula castor/gula icing/chocolate sauce
~ didihkan air, gula, butter dan garam.
~kecilkan api dan masukkan tepung. kacau cepat2 supaya tepung tak berketul. kacau hingga menjadi seperti doh lembut.
~tutup api. masukkan telur dan kacau cepat2.
~masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel. mula2 faa guna nozel tapi last2 masukkan dalam piping bag/beg plastik biasa dan gunting di hujung. hehe
~panaskan minyak. biar api sederhana. picit sepanjang jari telunjuk dan guntung doh. goreng hingga garing.
~toskan minyak. gaul dengan gula castor/gula icing or makan dengan chocolate sauce. nyummeh!




Monday, April 22, 2013

Mocha Moist Brownies


not in the mood nak update sebenarnya. internet tersangatsangatsangatsangatsangat lembab!! tapi kena update jugak sebab dah lama sangat tak update blog. huuuuu. apalah nasib faa ni. sedih. nasib laa tinggal kat taman perumahan baru yang menghadap hutan n disebabkan itulah susah nak dapat kelajuan internet di tahap memuaskan. huh!


ok lah. lupakan kisah duka lara tu. jom kita nikmati a slice of Mocha Moist Brownies hasil ciptaan faa bila hasrat sebenarnya nak buat Moist Choc Cake biasa tapi bila tak cukup bahan, terpesong jadi Mocha Moist Brownies. hehe. resepi asal resepi Moist Choc Cake hasil dari Mokde faa punya resepi tapi diedit oleh faa. jom tengok resepi!


MOCHA MOIST BROWNIES

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk baking soda
  • 1 paket kecil instant coffee/nescafe/mocha
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn susu segar
~panaskan pengukus
~putar telur , esen vanilla, dan gula hingga kembang menggunakan mixer.
~masukkan minyak dan susu. putar lagi.
~ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan baking soda.
~masukkan instant coffee dalam mixer dan masukkan bahan diayak sedikit demi sedikit dan diputar hingga semua rata.
~tuang dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 30-45 minit atau hingga masak. sejukkan.

CHOC TOPPING

  • 1 cwn parutan coklat masakan
  • 1/2 cwn susu penuh krim
  • 1 sudu butter
~masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca dan cairkan coklat menggunakan kaedah double-boiler. tuang atas kek dan ratakan.
~potong kek 4 segi dan hidangkan.



Wednesday, April 17, 2013

Cheese Chicken Chop + Coleslaw + Mashed Potato + Fries


hai uolls. ni menu ketiga faa masak masa faa menumpang meneman kawan faa, Paie kat rumah sewa dia. hehe. kalau tak bila lagi mau masak kat Melaka ni kan? menu kitaorang untuk dinner hari kedua ialah Set Chicken Chop yang direquest sendiri oleh tuan rumah, Paie. Faa pon da lama tak menciken cop ni. lagi-lagi dah lama teringin nak buat Cheese Chicken Chop. nyumnyum!


CHEESE CHICKEN CHOP (4 portion)

  • 4 ketul dada ayam - kalau rasa besar, guna 2 ketul n dibelah 2, jadi 4. 
  • 1 biji telur + secubit garam + 1 sk lada hitam. - tak nak garam pon takpe.
  • 1 kotak tepung goreng ayam Adabi (hot & spicy)
  • 4 keping cheesedale
  • minyak untuk menggoreng (deep fried)
~bersihkan ayam, toskan dan dilap dengan towel kitchen hingga kering.
~masukkan dalam plastik bag dan ketuk hingga nipis.
~pukul telur dan secubit garam dan lada hitam hingga kembang. masukkan ayam yg dah diketuk dan gaul rata. perap lebih kurang 1/2 jam. sementara ayam diperap........
~~(buat black pepper sauce & coleslaw & mashed potato & goreng fries dulu hingga siap)
~panaskan minyak. tuang sekotak tepung goreng ayam Adabi dalam dulang. ratakan.
~ambil sekeping ayam. letak sekeping cheesedale ditengah dan bungkus rapat.
~golekkan ayam dalam tepung hingga betul-betul rata.
~goreng dengan api sederhana hingga garing. angkat dan toskan.




BLACK PEPPER SAUCE

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu butter
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1-2 sudu sos tomato
  • 1-2 sudu sos tiram
  • 1-2 sudu kicap manis
  • 1-2 sudu blackpepper
  • 1 paket perencah daging lada hitam Maggi
  • air - ikut kesesuaian nak pekat or cair kuah tu. jangan banyak sangat, isi sikit-sikit
~dadu halus bawang besar dan bawang putih. panaskan butter dan tumis semua bawang hingga naik bau.
~masukkan tepung gandum dan kacau rata. kacau hingga warna keperang-perangan.
~masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kesesuaian pekat sos mengikut citarasa. 
~masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis, blackpepper dan perencah daging lada hitam. kacau rata dan biar mendidih.
~perasakan dan angkat.




COLESLAW

  • 1/2 biji kobis sederhana 
  • 1 batang carrot
  • 2-3 sudu susu segar
  • mayonese secukupnya - ikut citarasa
  • 2-3 sudu susu pekat manis - ikut citarasa
~bersihkan kobis dan carrot kemudian diparut kasar.
~masukkan semua bahan dalam mangkuk dan dikacau sebati. perasakan.
~simpan dalam peti ais.


MASHED POTATO
  • 5 biji kentang - dibuang kulit dan dicuci
  • 1 cwn susu segar
  • 1 sk blackpepper
  • 1 sk garam
  • 1 sudu butter
~rebus kentang dengan air hingga separuh masak. rebus dalam rice cooker.
~tapiskan kentang dan masukkan semula dalam rice cooker dan direbus dengan 1/2 cwn susu segar.
~pastikan kacau selalu dan masak hingga kentang empuk dan susu kering.
~keluarkan periuk dari rice cooker. masukkan garam, black pepper dan butter. lenyek kentang diselangi dengan susu segar yg dituang sedikit demi sedikit hingga lumat.  
~siap!




dah siap! senang je kan? hehehe. lepas masak, faa post gambar kat Instagram, kawan faa cakap faa makan KFC. bila tengok balik, ye laa. macam KFC. memang KFC pon. Kedai Faa Cantik. nan hado. LOL.

Selamat Mencuba!

-ini terjadi bila dah capai tahap muak. LOL-

Tuesday, April 16, 2013

Jom Bersosial!

Jom laa follow KEEK & INSTAGRAM Faa. Saja menggedik. hikhik


search : kakakfaa


search : kakakfaa


inilah dia : kakakfaa  :)

Telur Bungkus Simple


hai. ingat lagi tak faa cakap faa memasak kat rumah sewa kawan faa? kalau tak taw click (fakefriedicecream). oke ni menu kedua yang faa buat untuk dinner malam tu. fake fried ice cream tu kitaorang jadikan dessert afta dinner. haaaa kau. curlass gitu siap ada dessert. ihiks.


Telur Bungkus ni simple je sebab malas nak pikir masak apa. masak guna bahan nan hado je. rasa not bad laa walaupun simple. jom tengok resepi campak-campak ni yg faa pikir semua boleh create their own filling tanpa garu-garu kepala sambil memikirkan "betul ke resepi telur bungkus camni?"

TELUR BUNGKUS SIMPLE

  • 4 biji telur - untuk 4 org makan
  • 1 keping daging hancur Ramly - nak guna daging burger boleh, sosej boleh, seafood, ayam segar dicincang sendiri. ikut suka.
  • 1/2 batang carrot - guna laa apa-apa sayur yang sesuai mengikut citarasa. kangkung? mcm tak sesuai tapi kalo nak, letak je. kita buat dia. hehe.
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 biji cili api - bergantung tahap kepedasan masing-masing
  • cili sos - *ikut rasa
  • kicap manis/saus manis ABC - *ikut rasa
  • sos tiram - * ikut rasa
  • 3-4 sudu air
  • sedikit minyak untuk menumis
~cincang halus bawang putih, bawang besar dan cili api.
~tumis semua bahan dicincang halus hingga garing
~masukkan ayam cincang dan kacau rata. masukkan sedikit air.
~masukkan semua bahan sos, *ikut rasa means isi sikit-sikit, pastu kacau then rasa. kalau kurang boleh tambah, kalau terlebih.....emmm...emmmm..sengih je laa. hehe. 
~kacau rata semua bahan bila sos diisi. masukkan sayur dan masak hingga kering. angkat.
~bahagikan inti kepada 4 bhg.

~tuang sedikit minyak dlm kuali/pan. pukul telur dgn sedikit garam.(macam nak buat telur dadar)
~tuang 1 bhg (anggaran 1 biji) telur dan ratakan dlm kuali. goyangkan kuali bagi telur menjadi besar. biar sedikit masak.
~letak 1 bhg inti ditengah dan lipat. biar hingga telur garing dan angkat perlahan-lahan.
~ulang hingga habis.



kawan faa ni, Paie, dari Kuala Lipis, orang Pahang sama dengan faa, kebetulan dlm ice box dia ada ikan patin tempoyak yg mak dia bekalkan minggu sebelumnya. so hangatkan je lah. berselera kitaorang berempat makan. hehe. seronok!



Monday, April 15, 2013

Fake Fried Ice Cream



apa khabar uolls uolls semua? lama kan faa menyepi. sebab apa menyepi? sebab tak boleh main masak-masak so bila tak masak, tak update blog. hehe. thats me. 

faa bukanlah berblog untuk bercerita 100% pasal diri faa, gossip or sowhatever. major business dalam ini blog ialah resepi. so faa rasa most of the entry dalam blog ni semua pasal makanan kan? tapi yang faa rasa agak terkilan bila ada seorang insan JUARARANCANGANREALITIMASAKAN ni dah ciplak resepi faa. ciplak versi copypaste tanpa edit. tapi gambar makan, gambar dia. sedih woo. tapi kita ni sape laa berbanding dgn dia so buat bodo je la kan. orang semua yg dah try resepi tu semua puji dia. kita ni tengok je laa. redhoo. hikhik.


ok relax-relax faa. mujur nak start update harini dengan resepi benda yg agak cool. sejuk sikit hati. oke ni nak cite. 2 hari lepas faa dengan housemate merangkap classmate (Amoy n MyraJB) g teman housemate kitaorang yg tinggal sengsorang je kat rumah sewa dia. kebetulan kami ber3 tak balik so ok je. dia ni tinggal dengan family. kiranya dia sewa bilik je la. so makcik rumah tu bagi kami tumpang n boleh masak-masak. soooo apa lagi kan, pulun masak tanpa henti. hehe. first thing first faa buat, ni haa. FAKE FRIED ICE CREAM. 


al-kisahnya, aritu faa baca blog ABM, dia post dessert ni. perghh. menggoda siot! terus laa copy resepi. resepi senang pulak. mula-mula pelik gak apsal panggil fake fried ice cream kan. rupanya fixikalnya nmpak mcm fried ice cream tp realitinya ianya tak digoreng. lagi memudahkan kerja.

thanks ABM for the recipe! tapi ABM punya lagi comel tulus dan mulus. faa punya sememh comot momot! jom tengok fake fried ice cream dia! click *_* . tapi faa ubah ikut kesesuaian anak tekak ya. hehe. minta izin.

FAKE FRIED ICE CREAM

  • 3 cwn corn flakes - dimasukkan dalam plastik dan ditumbuk/diketuk/dibelasah smpai hancur. nak senang blend kering. hehe.
  • 1 1/2 sudu butter cair
  • 2 sudu gula castor
  • 1 sk serbuk cinnamon - faa tak letak sebab tak suka. faa gantikan dengan 1 sudu madu
  • vanilla ice cream secukupnya. - ikutla nak guna apa-apa perisa pon.

~panaskan oven 180C. 
~gaul semua bahan kecuali aiskrim sehingga sebati. 
~alas dulang dengan baking sheet. takde pon takpe.
~ratakan cornflakes tadi dalam dulang.
~bakar 5 minit atau hingga keperangan sedikit.
~kacau-kacau dan gemburkan bagi sekata.
~bakar lagi 5 minit atau hingga perang.
~sejukkan sehingga betul-betul sejuk. 
~scoopkan aiskrim menjadi bebola besar. golekkan dalam cornflakes yg sejuk tadi hingga rata. susun dalam bekas. buat dengan cepat dan hingga habis.
~masukkan dalam peti sejuk beku dan sejukkan selama lebih kurang 2 jam. lagi lama lagi best.
~makan dengan chocolate or strawberry syrup, toblerone chunks or anything!


\\

senang kan? cubalah taw. tapi faa punya ni nampak comot atas beberapa kesalahan yang diterima atas sebab gelojoh :
  • cornflakes tak beberapa hancur
  • terlebih butter
  • bakar cornflakes menggunakan microwave so agak kehangusankepahitan sedikit
  • :)
tapi walaupun agak tak menjadi, tetap licin sebab seronok memasak dengan kawan-kawan n makan sama-sama. hihik.