faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, May 23, 2013

Doughnut Pudding


apa khabar semua? harap-harap sihat. faa? sihat, Alhamdulillah. tapi sangat-sangat busy dengan esaimen yg tak berpenyudah. sampai satu tahap stress tahap apa ntah. bila stress, faa pasang lagu, slideshow kan gambar-gambar makanan. selain perut menjadi lapar dan hanya mampu menelan air liur, faa jugak rasa tenang je. heuheu.



godek punya godek, terjumpa laa gambar Doughnut Pudding yang faa buat kat umah nenek faa aritu. masa tu tinggal berdua je dengan nenek, tapi agaknya nenek terlalu gembira ada org nak teman dia breakfast, dibelinya banyak kuih muih n nasi lemak + roti canai. faa nasi lemak n roti canai memang jalan tapi kuih muih manis ni kurengg sikit. so ada laa donut 2 ketui tak berabis, bersemadi je dalam peti. sayang pulak kan.


tiba-tiba muncul idea nak pudingkan donut tu. terus laa mulakan eksperimen. guna resepi puding roti, just gantikan roti dgn 2 biji donut. hasilnya? walla! licinnn. tapi bg faa mcm agak oily sikit sebab donut kan berminyak. faa cadangkan before letak donut tu, lap dulu donut dgn towel kitchen bagi serap semua minyak. oke, ni resepi. selamat mencuba!




DOUGHNUT PUDDING

  • 2-3 biji donut - lap ngan towel kitchen bagi serap n buang semua minyak donut tu.
  • 2 cwn susu cair
  • 1 biji telur
  • 4 sudu gula
  • 1 sk esen vanilla
~kacau semua bahan kecuali donut hingga sebati dan gula larut. 
~potong donut kecil-kecil. taburkan donut dalam adunan telur tadi. tekan-tekan dgn garfu hingga donut menyerap adunan telur. biar 10 minit.
~sementara tu, panaskan pengukus. kukus doughnut pudding selama lebih kurang 20-30 minit atau hingga masak menggunakan api kecil.
~sejukkan atau makan suam-suam dgn vanilla sos atau parutan coklat.




Tuesday, May 14, 2013

Ikea (Swedish) Meatball


ikea meatball lagi? haishh. asyik rasa homemade je..bila laa berpeluang nak rasa the real real real ikea meatbal agaknya? asyik tak berkesempatan je. ikea tu haa, bereapa kali asyik lalu je. tak pernahnya abah melencong masuk nak belanja anak-anak dia merasa the real ikea meatball. hehe


faa pernah buat sebelum ni. resepi asal dari wildcutecat tapi diolah oleh faa mengikut citarasa dan menggunakan bahan yang mudah didapati. and untuk mendapat nikmat yang ketara, faa sarankan guna meatbal jenama RAMLY dan MARINA sahaja. selain dari tu rasa dia FAILED!! ada yang rasa lemak je, rasa tepung lebih. tak sedap la. try k!


SWEDISH IKEA MEATBALL

--meatball jenama MARINA atau RAMLY secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.

--kentang goreng secukupnya.
--1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

--gravy :
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cwn air sejuk
  • 100 ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu gula 
  • serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging

~cairkan butter guna api perlahan. tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
~masukkan tepung gandum. kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
~masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. kacau rata dan biar sampai mendidih.
~sentiasa kacau bagi tak berketul. perasakan dgn garam jika terasa tawar. kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
~kacau sebati. tutup api, blender gravy tadi hingga halus. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!



The Real Maggi Asam Laksa


pernah tak tengok iklan Maggi Asam Laksa yang ada sorang abg ensem tu baru balik keje g pasar pastu dia pegang ikan sambil jerit "besar punyaaaa!.." pastu dia masak maggi asam laksa letak ikan semua bagai. ingat tak? ingat tak? ingat tak? abang tu ensem!


disebabkan abg tu ensem, maggi asam laksa plak fevret faa, faa pon dah lama sangat-sangat teruja nak buat tapi tak tertunai hinggalah satu hari, lauk lunch faa masak ikan bakar so ada lebihan ikan bakar tu, isi dia faa amek utk buat maggi asam laksa versi abg iklan. hehe. jom laa tengok resepi campak-campak Maggi Asam Laksa like the real one.


THE REAL MAGGI ASAM LAKSA

  • sebungkus maggi asam laksa
  • 1 ekor ikan bakar/goreng/singgang - diambil isi sahaja dan dicarik halus. (atau seketul sardin dibasuh dan dihancur kasar)
  • 2-3 helai daun kesum
  • 3-4 biji cili api
  • 1/2 biji bawang - dihiris. untuk hiasan.
  • 1/2 biji limau kasturi - hiasan.
  • air secukupnya
~panaskan air. masukkan perencah, isi ikan, cili api, daun kesum dan biar mendidih.
~masukkan maggi dan biar hingga masak. hidang dengan hirisan bawang dan perahkan sedikit limau kasturi untuk rasa yang lebih umpph!




Tuesday, May 7, 2013

Kitkat Cheesecake (Bake)


haaa! inilah dia resepi yang ke-200 faa!! n disebabkan ianya resepi yang ke 200, ia agak special sikit. kenapa special? sebab resepi yang faa nak reveal hari ni ialah resepi kegemaran, cheesecake and faa buat special untuk adik faa, Nur Syafiqa yang sambut birthday pada 30 April (belated) and kazen yang sebaya dengan adik faa, Firdaus yang sambut pada hari semalam, 6 May. so mereka sambut sekali and faa volunteer nak buatkan kek, bila ditanya nak kek apa? diorang jawab CHEESECAKE! ok. senang. heuheu.


kali ni faa nak cuba cheesecake yang versi bakar. bermaksud tak menggunakan gelatine tapi telur. dan Alhamdulillah menjadi. Terima kasih pada Cik Norfa dari blog NORFA N.F.M.D yang sudi berkongsi resepi cheesecake yang sangat sangat sangat simple! click *_* untuk ke blog beliau dan tengok kesedapan Oreo Cheesecake beliau. Thanks awak for the recipe. tapi faa ubah jadi KITKAT CHEESECAKE and faa harap awak halalkan ya. hehe.


faa memang tak berniat nak buat Oreo Cheesecake sebab macam bosan. faa ni kan cepat bosan. asyik oreo oreo oreo. so bila perah lipat tarik otak ni, muncul idea nak cuba buat Kitkat Cheesecake and Alhamdulillah tak sampai beberapa minit lesap! seronok sangat! hehe. oke jom tengok resepi Kitkat Cheesecake yang resepi asalnya ialah Oreo Cheesecake by Norfa.


KITKAT CHEESECAKE
Untuk base :
  • 300 gm biskut tiger - yang 4 segi tu
  • 50 gm mentega - dicairkan dan disejukkan sedikit
~blender halus (guna blender kering) semua biskut tiger. 
~masukkan dalam loyang bulat. masukkan butter dan gaul rata.
~ratakan biskut keseluruh loyang dan padatkan semampat mampat sepadat padat yang boleh. tekan tekan dan tekan hingga rata.
~masukkan dalam peti sejuk beku selama 15-20 minit

Untuk adunan cheese :
  • 500 gm cream cheese - dikeluarkan dari peti selama lebih kurang 15 minit. tapi jangan sampai tahap suhu bilik.
  • 110 gm gula halus
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 150 ml whipping cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 paket besar kitkat - cincang kasar
  • 1 sudu besar milo
~putar cream cheese sehingga lembut dengan kelajuan sederhana.
~masukkan gula halus, esen vanilla, telur, whipping cream dan jus lemon. putar dengan kelajuan sederhana sehingga sedikit kembang, tidak berketul-ketul dan betul-betul sebati.
~masukkan milo dan ketulan kitkat. kacau menggunakan spatula/senduk secara kaup balik sehingga sebati.
~panaskan oven 150C.
~keluarkan base tadi dan tuangkan adunan cheese ke dalam loyang. hentak perlahan 2-3 kali.
~letak dulang adunan kedalam dulang yang sedikit besar yang diisi dengan sedikit air (kaedah waterbath). 
~bakar dengan suhu yang sama selama 50-60 minit atau hingga masak. sejukkan dalam oven selama sejam
~bungkus dulang dengan plastic wrap dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman (lagi sedap!) barulah dihidangkan.


(abaikan hiasan cake yang sememeh dan belon murah dari sarung tangan getah. haha. jimat)


oke itu lah dia resepi ringkas cheesecake yang faa dapat kongsi. asalkan kita berani nak cuba resepi baru, tak salah. gunakan resepi lama sebagai asas, then tukar je bahan yang anda rasa sesuai dan terciptalah resepi baru. senangkan?

ummi faa pulak masak nasi Tomato n memang sedap tapi tak sempat berguru. hehe. sibuk mendeco (mengjahanamkan) Kitkat Cheesecake. heuheu. kalau ada yang request resepi, faa berguru dengan ummi. kalo xde, lambat lagilah jawabnya..



nasi tomato + ayam goreng berempah + dalca + acar mentah = nyummeh! Thanks Ummi.



 inilah dia adik faa n kazen faa. Selamat 21 tahun korang!

Monday, May 6, 2013

Homemade Caramel Popcorn


pa habaq semua? hope sihat and kembali ke dunia normal selepas PRU ni. Tahniah pada yang menang and pada yang kalah, adat bertanding, mungkin Allah nak menguji kan? hehe. Perang FB, perang mulut, perang parti harap-harap semua kembali berdamai. apa mau gaduh-gaduh? kita satu Malaysia so satu means satu lah. k. tak paham? paham kan. hehehe.


merepek meraban je lah. jom tengok salah satu benda ajaib dalam hidup faa yang pernah faa buat. kenapa faa kata ajaib? sepanjang 23 tahun faa hidup, faa punya minda berkata macam mana diorang buat popcorn? baik kat wayang or pasar malam. mesti susah kan. kena beli mesin khas baru boleh buat popcorn. rupaaaaaaaanya boleh guna kuali n tutup pengukus besar kat rumah je kita akan dapat popcorn yang sedap and tak perlu berebut-rebut popcorn yang penuh bersalut gula dan yang putih-putih selalu ditinggalkan? hehe .

itu faa lah. kalau makan popcorn mesti nak pilih yang warna gelap je. yang putih tak nak. hehe. so bila buat sendiri, boleh buat gula banyak so dia bersalut semua kan? abaikan kalau ia makanan tak sihat sebab faa tak buat popcorn hari-hari. heuheu.

resepi faa amek kat otai blogger masakan, CMG kat Dapur Tanpa Sempadan. thanks CMG for the great recipe ever!! faa minta izin copy and ada ubah sikit-sikit laa. lagi-lagi tang gula karamel. faa lebihkan sebab nak salut karamel dengan banyak. hehe. maafkan faa ya CMG. halal ya. hehe. jom usha popcorn CMG yang segebu nama tuannya n nampak comels je. tak macam faa, agak gelap warnanya. heuheu. click #_#


HOMEMADE CARAMEL POPCORN

Bahan popcorn :
  • 1/3 cwn jagung popcorn / jagung kering
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
~ dalam kuali besar, panaskan minyak dengan api sederhana, masukkan mentega. kacau hingga mentega cair.
~masukkan sebiji jagung kering. bila jagung tu dah kembang, masukkan semua jagung dan kacau rata cepat-cepat. cepat-cepat tutup kuali dengan tutup pengukus yang besar.
~goncang perlahan kuali (tapi jangan bukak penutup!!! AMARAN!!) anda akan dengar bunyi letup-letup dan sambil tu goncang lagi kuali perlahan-lahan (tanpa dibuka sedikit pon penutup!)
~biar hingga bunyi letup tu hilang, means senyap.
~masukkan popcorn dalam bekas lain. lap sikit kuali dengan tisu dapur. gunakan kuali yang sama untuk buat caramel.

Bahan caramel :
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/2 sudu besar mentega
~masukkan gula dalam kuali. dengan api perlahan, biar gula hingga cair dan perang sedikit. jangan hangus!
~masukkan mentega dan kacau hingga warna perang agak pekat.
~masukkan popcorn dan kacau hingga caramel salut semua popcorn tu dengan rata. guna api perlahan.
~bila dah rata, masukka popcorn dalam loyang dan biarkan sejuk. bila dah sejuk, leraikan dan masukkan dalam bekas kedap udara! makanlah bial tengah layan movie! syiokk oo.


Friday, May 3, 2013

Tamagoyaki (egg roll)


makanan jepun lagi? hehe. rilek. faa sebenarnya malas nak masak breakfast, so ni je la resepi simple yang sedap dan mengenyangkan! cewah. semua ada. nasi, telur, ayam tapi just sayur je takde sebab xde stok. hehe. maafkan faa ya,


tapi kalau nak tambah sayur pon boleh. nampak ceria sikit. salad, timun, capsicum, carrot n macam-macam lagi lah. ikut suka. sape yang tak makan sayur tu, ha, ikut je 100% resepi ni. heuheu.


TAMAGOYAKI (EGG ROLL)

  • 2 biji telur + 1 sudu susu segar + garam n lada hitam - dipukul dan dibuat telur dadar yang nipis dan bulat sebesar pinggan.
  •  1 cwn nasi sushi - click *_* untuk nasi sushi menggunakan beras biasa. 
  • 2-3 ketul ayam goreng Ayamas - digoreng dan di siat isi n dibuang tulang
  • sos cili
~ikut step-by-step ni.









 bila dah siap gulung, potong berhati-hati. jangan sampai terburai tau. hehe. makan panas-panas memang sedap! cuba lah kalau nak breakfast yang agak berlainan sikit. tak rugi tau. boleh juga untuk dibuat bekalan anak-anak ke sekolah ke, suami ke pejabat ke or untuk diri sendiri. kan?


SELAMAT MENCUBA!






Kuey Teow Taiwan


hai semua. faa pasti kebanyakannya sekarang semua dah berada di kampung kan bersama sanak saudara, adik beradik. macam hari raya pulak. bagus jugak pilihanraya ni. hehe. yelah. semua kejadian ada baik dan buruknya kan. ni merata-rata asyik cerita pasal kenagetifan pilihanraya je. bergaduh, mengumpat, mengutuk, bermasam-muka. haishh. kenagetifan.. dalam kamus dewan pustaka ada? huhu.

oke. faa pon sekarang kat kampung dengan nenek. faa mengundi kat Mentakab, Pahang, tanah tumpah lahir faa. cewahh. tapi kat sini faa jarang laa masak sebab nenek yang masak (bukan membuli, tapi rindu sangat dengan air tangan nenek.) hoho. 

okelah, berbalik pada entry ni, kenapa Taiwan? sebab faa tengok rancangan ala-ala JJCM tapi orang cina punya kat Food Network. dia pegi Taiwan. kat gerai tu, chef dia goreng kuey teow n dia cakap kuey teow goreng Taiwan versi macam dia buat tu. faa pon hafal laa resepi. tapi tak 100% laa. amek yang basic je. mana yang PATUT kita ganti, kita ganti. selalu buat kuey teow basah je kan, sesekali cuba ala kering camni pon sedap. faa suka. sedap sangat. jom tengok resepi.


KUEY TEOW TAIWAN

  • 2 bungkus kueyteow - dicuci dan ditoskan
  • beberapa keping dada ayam - nak guna udang ke, sotong ke, daging ke pon boleh. ikut suka.
  • 3-4 sudu besar cili blender (cili kering + bawang putih + bawang besar) - faa selalu blender bahan ni banyak pastu simpan dalam peti. senang kalau nak guna benda dah siap.
  • 1 cekak daun kucai/daun bawang - dipotong 
  • 2 biji telur
  • 1 sudu cili flakes
  • 2 sk minyak bijan
  • 1-2 sudu cili sos
  • 1-2 sudu kicap manis
  • 1/2 paket perencah nasi goreng cina Adabi
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 3 ulas bawang putih - cincang halus
~panaskan minyak. goreng ayam hingga separuh masak. toskan dan angkat.
~tumis cili blender hingga garing dan angkat. 
~kuali yang lain, panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
~kecilkan api, masukkan kueyteow, minyak bijan, cili sos, kicap manis, perencah nasi goreng cina dan kacau rata.
~masukkan ayam, cili blender yang ditumis, daun kucai, cili flakes, dan perasakan dengan garam dan gula. kacau hingga rata.
~tolak kuey teow ketepi kuali, pecahkan telur. biar permukaan telur separuh masak dan kacau telur dan kueyteow hingga sebati. hidangkan panas.