faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Friday, January 20, 2012

2 version of CHEESECAKE in 2 days!

Akhirnyaa!!..kinii pastii..ku meng......~Anita Sarawak.

Hamboi Kak Enon.. Tengok anak dara Puan Faizah tu. Nari-nari ala Kak Nita giteww. Hehe. Apsal FaA nari2 spt yg dijelezkan Kak Enon n kawanya tu? Sebab FaA berjaya menyempurnakan kempunan/misi/hasrat/impian hati dia.! FaA berjaya membiat ciskek! Huahua. 2 kali lagi tu buat ciskeknye. Bukan takat puas, malah tersenyum hingga ke tidur! Punyalah puas tahap hape ntah. :)

Disebabkan FaA 1st time nak buat cheesecake, kali pertama tu, cheesecake FaA xbeberapa menjadi. Rase ade dah, tekstur dia je lembik. Jom tengok rupa paras ciskek pertama ni.

OREO BLACKFOREST CHEESECAKE






Buruk kan rupanya? Lembik semacam. Tapi sedap. Bawak g asrama adik FaA, Abang, habis dikekah dek kwn2 dia mcm lebah hurung madu! Suke suke! Aku suke orang suke makanan aku! Hehe.

Antara kesalahan yang FaA kenal pasti:

  • Gelatin FaA guna terlalu sikit (salah timbang) n xbeberapa larut
  • FaA guna tupperware plastik sbgai bekas. (patutnya guna loyang springform, tp xde, bedal jela! :))
So keesokan harinya, disebabkan bahan2 ada lagi, misi membuat ciskek yang kedua bermula! Kali ni FaA bagi resepi sekali ya. Oh lupa, FaA amek resepi ni dari sorang akak blogger masakan, Kak Zai dari Teratak Impian, jom tengok rupaparas ciskek nye yang menawan ala model. Click (*_*) Thanks Kak Zai ya!
**rupa paras ciskek FaA cam orang kebanyakan/biasa. Hehe..

Ni resepinya setelah diedit oleh FaA:

BLACKFOREST/BLACK CHERRY CHEESECAKE

Bahan A:
250 g biskut digestive - 1st FaA guna oreo, 2nd guna wholemeal biscuits
125 gm butter - disarankan guna unsalted butter, kalo gune biskut meri, baru gune buttercup

~hancurkan biskut (blender or gune food processor)
~cairkan butter, gaul ngan biskut hancur hingga biskut boleh dikepal2.
~disebabkan FaA xde loyang springform, FaA alaskan loyang biasa dengan plastik wrapper. Mcm dlm gambar step-by-step (C).
~mampatkan biskut dlm loyang, letak dlm peti ais 30 minit.

Bahan B:
220 ml whipping cream
270 gm cream cheese
165 gm gula castor
1 sudu besar jus lemon - FaA guna jus oren
20 gm gelatin halal + 120 ml air panas (kacau hingga gelatin larut n sejukkan. Gambar E) - FaA guna gelatin jenama Nona
1 tin Pitted Black Cherries (tapiskan jusnya n simpan)- ada jual kat kedai kek
(gambar bahan-bahan utama di bawah. (A&B))
~pukul whipping cream hingga gebu, pekat n bertanduk (gambar D) n ketepikan.
~di bekas yang berasingan, pukul cream cheese + gula castor + jus lemon hingga sebati. Masukkan gelatin, pukul hingga betul2 sebati (gambar F).
~tuang adunan whipping cream dlm adunan cream cheese. Gaul rata ngan whisk/spatula.

~keluarkan biskut dari peti ais. Tuang 1/3 adunan diatas biskut. Susun pitted black cherries atas adunan (gambar G).
~tuang habiskan baki adunan hingga habis. Ratakan dan bungkus dengan plastik wrapper (gambar H).
~simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Ciskek ni cepat membeku.

Bahan topping:
150 ml jus pitted black cherries + 1 sudu jem blueberry
7 gm gelatine + 50 ml air panas

~larutkan gelatine dgn air panas. campur semua bahan. Bila ciskek dah set, buang plastik wrapper (hati2 takut kek hancur), tuang topping atas ciskek then susun lebihan buah cherry sebagai hiasan (gambar I). Sejukkan 15-20 minit dlm peti ais.

Dannnnnn... Inilah hasil percubaan kedua ciskek yang FaA buat. Tapi tetap ade kesalahan taw!

  • FaA guna biskut gandum yg dah sedia masin, tambah plak guna buttercup yg jugak masin so bikut tu jadi la bertambah masin. Tapi boleh la diterima akal bila makan ngan cheese atas dia tu yg manis2 gitu. Hehe. So dinasihatkan kalo guna biskut yg dah ade perisa, guna unsalted butter. Nak selamat, guna biskut meri.
  • disebabkan guna plastik, rupa kek agak berkedut-kedut, soagak cacat sikit. Skarang dah berazam, pas ni kalo nak buat ciskek, beli loyang springform dulu! :)


10 comments:

  1. Replies
    1. mmg sedap pn sheila...tmbah lemak..huhu

      Delete
  2. Baru tanya kawan macammana orang buat kek ni.Nampak sedap dan siap ada list kesilapan..bagus betul!

    ReplyDelete
  3. name mak kamu same ngan akoo =p


    pandainye wat ek..jeles2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. faizah..same ek?hehe..xpandai lg ni..still dlm proses belajar..hehe

      Delete
  4. Replies
    1. nurul! tenks sudi singgah...xsangka sangat..

      hurmm..lapar yea tgk ni..kalo nurul dtg kuantan, rojer la ye..faa boleh buatkan..hihi

      Delete

superb komen-ngomen