Sumpah rindu time ni! G trip same2 ngan kawan-kawan. Ini bukan mcm trip tadika ya. Hihi. Ini trip utk kanak-kanak dewasa. Gurunya pula yg pakai tudung merah (miss fariha) n tudung hitam spek hitam (miss Linie). Time ni kitaowang dalam feri dari Jeti Kole Pegheliss ke Jeti Langkawi. Yang tudung putih tu menten lagi kemabukanlautan dia.
Oke. Sampai je jeti Pulau Langkawi, kitaowang naik bus. Yela nak g jenjalan kene r naik bus kan. Kalo jln kaki mau bengkak urat saraf. Hihi. Destinasi pertama kami ialah Kilang Gamat.
Bersepah minyak gamat cik Enon oit. Xde la rambang mata sebab bende yang sama je. Hihi. Aku pon beli la sekarton minyak gamat. Banyaknye cam nak buat kenduri gamat. Tu nampak tu sekawah minyak gamat tgh menggelegak. Diorang suruh celup tgn lam tu. Tak berani aku. Eksen boleh laa. Maw aku celup kang, tinggal tulang je jari-jemari aku. :)
-konker boat bhg depan..tp kejap je bg tudung ptih tu..pastu balik semula ke tmpat duduk blkg-
Pastu kitaowang ronda-ronda naik boat kat Kilim Geoforest Park. Yang ni sumpah best! bagi yg suka naik bot la. Hehe. Aku bukan xsuke, tapi aku mabuk laut (sila rujuk gambar kedua). Kita boleh g kat sangkar ikan-ikan pelik, bagi makan helang, g Gua Kelawar n mcm2 lagi la. Memang best la!
Habis je memeninglalatkan kepala otak kat Kilim Geoforest Park, kitaorang g plak Kraftangan Langkawi. Jalan-jalan cuci mata tgk barang kraf kat situ. Hihi. Aku bosan sebab dah bnyak kali tgk kat opis ummi abah aku. Haha.
Opkoz kalo g Langkawi kene soping-soping kan? Terutamanya ceklat. Tapi bg aku harga biase je..same cam kat tempat laen. Murah seposen dua. (padahal xde duit! :) Adela aku beli brg sebenier skit. Dak laki la pling havoc. Borong rokok berperisa berkotak2. Cam gambar dak Ecah tu pgang. Kotak rokok perise stoberi. Haish.
Then last skali dah nak balik tu, baru la kitaorang g jenjlan kat Dataran Lang. Sementara tunggu ferry sampai. Bergambar la bagai nak rak kat situ.
Seriously aku rindu nak jenjalan camni! Tak rugi amek Tourism Management ni. Jenjalan je kejenye. Jenjalan bukan ngan org lain, kwn kita sendiri jugak. Naik bus reramai. Wah! Syok!
Bila laa nak dapat lagi jenjalan camni.
rindu kenangan ni!!
ReplyDeletetaw xpe..tahap gaban!
ReplyDelete