faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Sunday, December 11, 2011

Kuih Sago Gula Melaka Carca Marba

Hurmm……
Kenapa dengan aku? Mula2 entry dah mengeluh? Ini kerana pudding sagu gula Melaka yang aku buat ni tak beberapa menjadi. Hihi. Ini bukan first time aku buat. Sebelum ni buat elok je menjadi. Tapi disebabkan ini first time buat yang kaler-kali, tu yang carca marba sikit tu. Sebelum ni satu kaler je.
Ermm. Tak pe la. Benda dah jadi. Rasa dia pun tetap rasa pudding sagu gula Melaka. Rupa je tak senonoh sikit. Tapi tetap dipuji oleh para adik. Hihi. (Arggh! Sebenarnya diaorang memang dlm kondisi kelaparan!)
Nak buat pudding sagu ni memang la teramat la senang. Boleh dinicknamekan Kuih Malas. Huhu. Sebab dalam keadaan malas tahap maksimum pun boleh buat. Nah resepi. Cuba buat time malas tapi nak mkn kuih yang manis2.
SAGU GULA MELAKA CARCA MARBA
2 cawan sagu
Secubit garam
4 cawan air
~basuh sagu, masak semua bahan dengan api perlahan. Kacau hingga sagu pekat dan kembang. Masukkan dalam bekas, sejukkan.
:::kalau nak buat dua warna, bahagikan dua adunan, campur warna masakkan (ikut suka) dlm setiap satu adunan. Kacau hingga sebati. Tuang dlm apa2 acuan. Sejukkan.
SYRUP GULA MELAKA
Sekeping gula Melaka/Kabung
2 sudu gula pasir
½ cawan air
Sehelai daun pandan
~racik kasar Gula Melaka. Masukkan semua bahan dlm periuk. Masak hingga gula cair dan larut. Kacau sebati.
~angkat, tapis dan sejukkan.
CARA NAK MAKAN
Sagu yang dah disejukkan
Syrup gula Melaka yang dah disejukkan
Susu cair / Santan + secubit garam
~Bila nak makan, ambil sagu, tuang susu cair / santan,then, tuang syrup gula Melaka. Ape lagi? Makanlah!
Aku memang suka makan kuih ni. Lagi2 bulan puasa. Aku suka makan dengan susu cair. Tapi ummi aku tak suka. Dia prefer santan. Orang lamaa.. huhu. Kadang2 ummi buat banyak sagu ni. Simpan dalam peti. Pastu, makan sejuk2. Pergh.. 3 hari tahan kuih ni. Pe lagi? Try la!

4 comments:

superb komen-ngomen