faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Tuesday, February 12, 2013

Rojak Mee Ayam Tandoori


apa khabar semua? ada sihat? tuuuu..dah ala mamak dah faa tanya..hehe. apa sebab? sebab semalam faa & ummi buat rojak. Rojak Mee Ayam Tandoori. amacam? ada terliurr ka machaa? heuheuheu.


sebenarnya, malam kelmarin, faa and family makan kat foodcourt Giant and ummi faa makan rojak mamak. sedap tapi tak beberapa puas hati sebab timun dah lembik, ayam terlampau garing n cekodok dia? cekodok bewarna pink dan bahan asasnya hanya tepung, garam, air dan pewarna. wajarkah? kenapalah berniaga main-main kan? paling malas pon, campurlah udang kering or ikan bilis sikit bagi ada perisa. haisshh. kan dah membebel panjang. hehe. pastu balik je umah terus plan esok nak buat!


resepi faa ni pon xde laa special mana. just cekodok and ayam je faa masak. yang lain semua ready made. termasuk kuah kacang. ummi beli yang segera dengan kawan dia dari Perak. memang sedap. just masak dengan air je. terus jadi kuah kacang. yang special nya Ayam Tandoori tu. faa tengok resepi semua macam rumit and bahan asas dia yogurt tapi faa takde. so be creative laa kan. guna je mayonese n rasa tetap ohsemm. :P


AYAM TANDOORI

  • 500 gm isi ayam (bahagian dada) - tak kisah nak guna ayam bahagian mana. tapi sebab faa nak makan dgn rojak, faa gunakan bahagian dada.
  • 4 sudu mayonese/yogurt
  • 1 inch halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1-2 lada merah besar
  • 3 sudu sos tomato
  • 1 biji limau nipis - ambil jus saja
  • garam dan gula - ikut citarasa
  • sedikit pewarna merah
  • sedikit minyak sapi
~blender mayonese, halia, bawang besar, bawang putih, lada merah, sos tomato, jus limau, garam dan gula. 
~perap bahan blender dengan ayam dan sedikit pewarna selama 30 - 60 minit. lagi sedap semalaman.
~sapu minyak sapi pada loyang. panaskan oven pada suhu 250C.
~susun ayam dalam loyang. lumur sedikit bahan perapan atas ayam. bakar selama 20 minit.
~keluarkan loyan. palingkan ayam. sapu minyak sapi atas ayam dan lumur lagi bahan perapan. bakar lagi 20 minit hingga garing.



CUCUR UDANG KERING

  • 1 pokok kecil daun sup
  • 1 pokok kecil daun bawang
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • garam dan gula secukup rasa
  • air - isi sikit-sikit hingga menjadi bater yang sesuai
  • 1 genggam udang kering
  • minyak untuk menggoreng
~ayak tepung dan serbuk penaik.
~hiris halus daun bawang dan daun sup. masukkan semua bahan kecuali minyak dan kacau rata.
~panaskan minyak dan goreng hingga garing.



ROJAK MEE AYAM TANDOORI

  • ayam tandoori secukupnya
  • 2 paket mee kuning - dicelur sebentar
  • 3 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
  • 6 biji tauhu kering - digoreng sebentar dan dibelah 4
  • timun - dihiris
  • sengkuang - dihiris
  • beberapa biji cucur udang - dipotong dadu
  • 4 biji telur rebus - dipotong 4
  • kuah kacang secukupnya
~gaul semua bahan diatas dan makan! hehe.




8 comments:

  1. Mesti terliur ni Faa.... belum ada kesempatan nak buat ni! Setakat ni beli je di kedai mamak!

    ReplyDelete
  2. wahh. rajinnye. banyak element nih kene wat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak element tapi simple je penyediaan dia..hehehe..ayam n cucur tu je yg kene renyah sikit..hihi

      Delete
  3. Rajin nya adik sorang ni.... Along tak pernah lagi makan rojak + mee... tengok cucur Faa tu mmg cantik, mmg kalah cucur mamak!

    ReplyDelete
  4. aduhhh.. sedapnyerrr... bikin ngences saja faa ni tau... udahlah rojak tu feberet akak...

    ReplyDelete

superb komen-ngomen