faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Friday, February 1, 2013

Ikan Patin 3 Rasa


dah lunch? hari ni faa lunch dengan ikan yang sinonim dengan Temerloh, ikan patin. tapi hari ni faa cuba ubah sikit selera. asyik-asyik patin tempoyak, pais tempoyak, goreng garam kunyit so macam nak try masak cara lain pulak.


so faa try laa buat Ikan Patin 3 Rasa. tapi kena make sure ikan patin ni digoreng betul-betul garing. BETUL-BETUL GARING! maksud garing disini garing sampai ke isi. sebab kalau tak garing, rasanya kurang umphh! tapi bukan hangus taw. hehe. petua nak goreng ikan bagi garing, kelar isi ikan tu halus-halus dan lumur dengan tepung beras. memang ohsemm! jom tengok resepi!


IKAN PATIN 3 RASA

  • 1 ekor ikan patin - dibersihkan dengan tepung gandum kemudian cuci dgn air hingga bersih-sebersih bersihnya. belah ikan kepada 2 dan kelar isinya. lumur dengan sedikit garam dan tepung beras dan perap selama 30 minit.
~setelah diperap, panas minyak dalam kuali besar dan penuhkan dengan minyak. cukup-cukup untuk tenggelamkan ikan. bila minyak sudah panas, goreng ikan hingga garing.

  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cwn lada blender - (blend lada kering, bawang besar dan bawang putih)
  • 1 cwn air
  • 3-4 sudu sos cili
  • 3 batang serai - dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 3-4 cili api - dihiris halus
  • 1-2 lada besar - dihiris halus
  • 1 biji tomato - didadu
  • 1/2 batang carrot - didadu
  • 1/4 bunga kobis - dipotong kecil
  • 1/4 brocolli - dipotong kecil
  • 1 paket perencah nasi goreng cina / 1 kiub pati ikan bilis
  • garam, gula dan cuka (ikut rasa)
  • sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuah
~tumis serai, cili api, lada besar dan daun limau purut hingga naik bau.masukkan lada blender dan tumis hingga garing.
~masukkan air dan biar hingga mendidih. masukkan serbuk nasi goreng dan kacau rata. 
~bila dah mendidih, masukkan tomato dan carrot. perasakan dengan garam,gula dan cuka. kacau rata.
~masukkan semua sayur dan air tepung jagung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah. bila kuah dah pekat dan mendidih, tutup api. tuang atas ikan.



8 comments:

  1. Aslmkum Faa
    kalau patin mmg favorit akk sekeluarga tp belum pernah masak goreng2 gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam...

      try laa...rasa lebih kurang siakap jugak..hehehe

      Delete
  2. pestime tgk ikan patin dimasak 3 rasa..biase masak lemak tempoyak tu aje..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faa pon 1st time masak mcm ni...sedap rasa dia :)

      Delete
  3. Replies
    1. sama laa...ni baru berkesempatan..hehe

      Delete
  4. Wah! Cukup lengkap dah lauk gini Faa... siap ada kobis bunga tu, dah tapayh sedia sayur & lauk lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang xde dah lauk lain kak. ingat nak buat telur dadar cencaluk, tapi tak sempat.,.hehehe

      Delete

superb komen-ngomen