faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Thursday, February 21, 2013

Custard Moist Chocolate Cake


hallooooo! apa khabar? jom layan moist chocolate cake yg faa cuba gandingkan dgn topping custard sauce yg ummpphhhhh! maveles! rasa dia mak aihhhh...kunyah-kunyah sekejap rasa pahit manis chocolate, sekejap rasa lemak harum custard vanilla..waahhhhhh heaven nokss. faa pulak peminat tegar custard/vanilla sauce, rasa semua resepi nak gandingkan dgn sauce ni. hehe. tapi bukan dengan keropok lekor pastinya! gross! :P


banyak sebab faa buat moist chocolate cake ni. antaranya ialah :


menunaikan permintaan Ummi tersayang yg dah lama menyatakan hasrat nak makan chocolate cake faa. katanya dia tak beberapa suka kek coklat tapi kalau faa buat, dia makan. memang suka tengok ummi makan kek coklat yg faa buat. lagi-lagi dia suka yg fully moist. so faa curahkan coklat ganache yg simple faa buat. 1/2 cwn coklat chip + 1/4 cwn susu cair & 3-4 sudu pekat manis . didihkan sekejap susu cair n susu manis dengan api kecil. curahkan dalam coklat cip dan kacau hingga coklat cair. cucuk2 kek dgn pisau dan curahkan topping n sejukkan. kebetulan plak ummi puasa, so dia makan masa berbuka and I was so happy bila tengok dia suka kek coklat super duper moist tu.



menunaikan hasrat En. Mat yg beberapa kali mengadu bila lah nak rasa masakan dari air tangan faa. asyik-asyik dengar cerita and tengok gambar. tapi tak pernah rasa. hehe. sorry laa ya, setiap kali kita jumpa, faa dari Melaka so bila masa laa faa nak masak kat hostel nun kan? takkan nak masak megi bagi kat dia plak kan. tak sepesell la. huahua. kebetulan hari Rabu kelmarin dia cuti n nak datang Kuantan, so buatkan lah dia kek coklat ni. with a lot of love oke. gedik pulak rasa. ahaks. 

tapi masa jenjalan, terdengar plak iklan kat radio kete berbunyi : "sayang abang balik ni, abang lapar. sayang masak apa? masak lemak cili api? asam pedas? ke kari?" pastu si isteri pulak menyahut "sayang tak masak semua tu.." pastu si suami cakap ajak makan luar kot. tak ingat pulak iklan tu camne, lebih kurang gitu lah. pastu En. Mat pun mengajuk cakap si isteri tu, "sayang tak masak semua tu, sayang pandai bakar kek je, nasi, lauk tak pandai.." sambil buat suara ala bapuk siap dgn lenggok badan.

faa : apahal pulak?
mat : ye laa. buat kek je.
faa : sapa cakap tak pandai? org boleh masak nasi, masak lauk bla bla bla bla (sambil dia mengajuk aku membebel dengan gerak mulut yg annoying.)
mat : mana? tak rasa pon.

oke ni dah kes bagi peha nak kepak!



merepek panjang dah ni. heuheu. jom la tengok resepi macam biasa menggunakan resepi Mokde faa yg ohsemm dan memudahkan kerja. tapi faa buat kelainan sikit kali ni. apa yg lain? jom tengok. custard sauce tu  boleh tengok kat (click ^_^). guna je resepi vanilla sauce tu. sama je. tuang je atas kek tu. jom tengok resepi yg kununnya diberi kelainan.


MOIST CHOCOLATE CAKE

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 4 biji telur - asingkan kuning dan putih
  • 1 cwn gula halus
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cwn air panas
~panaskan pengukus. api sederhana.
~ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat.
~pukul putih telur hingga kembang dan gebu (meringue)
~blender kuning telur hingga kembang dan berbuih. masukkan gula halus, minyak masak, susu pekat manis dan esen vanilla dan blender lagi hingga sebati.
~tuangkan adunan blender dalam mangkuk tepung yang diayak tadi. masukkan adunan meringue. kacau secara kaup balik hingga semua sebati.
~tuangkan air panas dan kacau lagi kaup balik hingga semua bahan sebati.
~tuang dalam loyang/tupperware taufu fah dan kukus api sederhana selama lebih kurang 40-50 minit atau hingga masak. 
~sejukkan dan tuanggkan topping mengikut citarasa. selamat mencuba!



nampak tak kelainanya disitu? telur putih tu faa jadikan meringue dulu so kek akan rasa lebih gebu. memang gebu. hehe.

tak lupa jugak buat kek ni sempena hari jadi adik ke-4 faa, Ateh 20 february lepas. Happy Birthday yg ke 15 Ateh! tapi dia tak dapat nak rasa sebab dia kat hostel. Kakak love u Ateh!

4 comments:

  1. yum yumm.. mcm best je.. bahan semua yg da ade kat dapur. nk try wat la

    ReplyDelete
  2. waduh2 meleleh2 tengok gambar tu dah tanpa sedap ada yg meleleh jugak ni Fa heee

    ReplyDelete

superb komen-ngomen