faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Wednesday, February 20, 2013

Vege Bihun with Blue Omelette Roll


apa khabar semua? harap-harap dalam keadaan sihat ya sebab hari ni faa nak tunjuk 1 resepi sihat yang full of vege. fresh vege oke. separuh dari vege segar diambik dari pasu. oh soooo ohsemm! hehe. pasu sape lagi kalau bukan pasu rumah nenek kan. jom tengok sayur apa yang direnggut.


\
tengok tu. a handful of fresh chives! faa suka kucai. kucai sedap. goreng dia saja dgn udang ohh, sangat heaven! tengoklah berpasu-pasu kucai nenek tanam. tapi nenek kan tinggal sorang so jarang ambil kucai ni. selalu nenek bagi je kat jiran-jiran or kawan-kawan dia kat kampung. nenek tak pernah ada niat nak menjual. nenek suka tanam dan kongsi hasil tanaman dia dengan sesiapa saja. sebab tu apa yang ditanam nenek, selalu menjadi. thats my Nenek!


yang ni 1 lagi faa bangga dengan nenek. taw tak sayur apa atas ni? ni daun bunga kobis dan ia boleh dimakan! rasa dia lebih kurang rasa kailan n very tasty! sorry tak dapat nak tangkap gambar bunga kobis sebab tak tumbuh dgn besar lagi. kalau ada rezeki, faa tangkap gambar bunga kobis k.


okelah. puas membebel pasal sayur, jom membebel pasal bihun ni plak. pelik dgn telur dadar biru? apa salahnya kita jadi pelik dan mencuba sesuatu yg berlainan sekali sekala kan?? asalkan ia selamat dimakan. selalu letak telur dadar gulung yg colourless so apa salahnya tambah kelainan kan? tak jejaskan rasa pon. tetap rasa telur dadar. hehe. oke lah. jom kita tengok resepi.


BIHUN VEGE

  • 2 bungkus bihun - direndam 30 minit
  • segenggam cili kering - digunting dan direndam air panas dan ditapis
  • 3 biji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 2-3 keping dada ayam - dipotong dadu
  • 1 bungkus perencah nasi goreng cina adabi/perencah bihun
  • 2 cwn air - ikut kalau nak lembap atau kering
  • pelbagai sayuran pilihan - faa guna tomato, daun bunga kobis/sawi, kobis, tomato, carrot.
  • garam dan gula untuk perasa
  • minyak untuk menumis
~blender cili kering, bawang besar dan bawang putih hingga lumat.
~panaskan minyak. tumis bahan blender hingga garing. masukkan ayam dan kacau rata hingga ayam separuh masak.
~masukkan air dan perencah. kacau rata hingga mendidih. perasakan dengan garam dan gula.biar sedikit masin supaya bila kita masukkan bihun, rasa akan seimbang. jangan terlalu masin.
~tapiskan bihun. masukkan bihun dan sayuran. kacau hingga bihun masak. hidang bersama BLUE OMELETTE ROLL.



BLUE OMELETTE ROLL

  • 3 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 1-2 sudu susu - optional
  • sedikit pewarna pilihan
~kacau semua bahan kecuali pewarna. kacau sebati. bahagi kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian telur.
~panaskan non-stick pan, kalau xde, guna kuali biasa dan ratakan 1sk minyak keliling kuali dgn cara pusingkan kuali.
~tuan telur yang tidak bewarna dan ratakan senipis mingkin. pastikan api kecil ya.
~bila dah masak, letak atas pinggan.
~goreng pula telur bewarna dengan kaedah yg sama. angkat dan letak atas telur tidak bewarna tadi.
~so dah ada 2 lapisan telur dadar. gulungkan sekemas mungkin. hiris serong dan susun atas bihun. mudah kan?


6 comments:

  1. Assalamualaikum..bebudak sukalah klu ada kaler2 ni kan Faa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..bkn bebudak je..org tua pon..hiohihi

      Delete
  2. Amboi... dah warna-warni pulak omelette dia ye... kreatif & inovatif!

    ReplyDelete

superb komen-ngomen